ASCH Masjid Al-Hidayah telah ditubuhkan pada 15 Julai 2016, seteleh pelajar-pelajar yang asalnya daripada kelas ASCH PKNS Shah Alam telah bersetuju untuk membuka sebuah kelas baru di Shah Alam bagi meluaskan lagi penyebaran Silat Cekak Hanafi.
Silat Cekak Hanafi merupakan suata seni silat yang unik dan mempunyai beberapa kelebihan dan perbezaan berbanding dengan seni bela diri yang lain seperti:
Sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi ini telah disusun dengan teratur sekali bagi penuntut baru untuk mempelajarinya mengikut silibus dan turutan sepatutnya.
Silat Cekak Hanafi tidak menggunakan sebarang kekuda dalam menghadap serangan. Cuma berdiri macam anda berdiri semasa solat sahaja.
Untuk kelas awam, anda hanya perlukan masa 2 tahun sahaja untuk menamatkan silibus mata pelajaran Silat Cekak Hanafi ini.
Silat Cekak ini dijadikan sebagai satu wadah bagi menentang amalan tahyul dan khurafat yang biasa terdapat dalam ilmu silat pada zaman dahulu.
Segala langkah dan pergerakan dalam buah Silat Cekak Hanafi terdapat tujuannya tersendiri bagi membantu pengamalnya mempertahankan diri secara efisyen.
Buah-buah Silat Cekak Hanafi ini sesuai bagi apa jenis fizikal dan umur anda, tidak kira kurus atau gemuk, tua ataupun muda.
Silat Cekak Hanafi merupakan antara silat yang "direct", tidak mempunyai kekuda untuk mengelirukan musuh, tetapi terus menyerang balas musuh sebaik sahaja dicecah.
Matapelajaran Silat Cekak Hanafi tidak dicampur adukkan dengan seni bela diri luar negera, malah merupakan 100% diilhamkan daripada orang Tanah Melayu.
Kenali tokoh-tokoh Silat Cekak Hanafi yang berusaha keras bagi menyebarkan ilmu pertahankan diri warisan bangsa ini:
Anda ada persoalan yang ingin anda kemukakan? Cuba semak di bahagian ini dulu jikalau terdapat persoalan yang selalu ditanya oleh orang lain:
Jangan derhaka kepada guru, ibu, dan bapa. Jangan bergaduh sesama ahli. Jangan mencaci silat Melayu asli yang lain.
Maaf, hanya pelajar berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas sahaja yang kami terima di kelas kami
Kelas kami dijalankan serentak, tetapi pelajar wanita akan diasingkan daripada pelajar lelaki
Bergantung kepada tuan / puan, jikalau rasa ingin bermula daripada awal pun boleh (jika sudah terlupa buah). Kalau tak, boleh je sambung terus.
Anda boleh semak senarai kelas-kelas Silat Cekak Hanafi yang lain di cekakhanafi.com/latihan-silat-cekak/
Anda perlu diijazahkan semula oleh Guru Utama kami sebelum memulakan semula pelajaran daripada awal silibus
Kami ada pengalaman dengan pelajar yang kerja shift ni. Kalau yang ni, dia akan bergantung kepada jenis shift macam mana (jadual tukar setiap minggu, bulan, etc). Jadinya, dicadangkan bincang dengan penyelia kami untuk tengok situasi anda macam mana.
Boleh sahaja, tiada masalah. Asalkan semangat nak belajar tu ada, kami akan semangat untuk mengajar.
Di sini anda boleh dapatkan coretan terbaru daripada admin / penyelia ASCH Masjid Al-Hidayah. Kami akan kongsikan cerita, info, dan juga perihal tentang Silat Cekak.
Assalamualaikum semua! Sebelum sesiapa ingin mempelajari Silat Cekak ini, mereka perlu melalui Majlis Ijazah Peringkat Pertama (Asas). Dalam majlis ini, penuntut baru akan diperkenalkan dengan pantang larang yang terdapat dalam Silat Cekak. Jangan risau, pantang larang dalam Silat Cekak tidak melibatkan perkara-perkara yang luar biasa.
Assalamualaikum semua, Pada pagi yang mulia ini, admin ingin berkongsi sikit apa yang admin ada kaji sikit, tentang berdiri lurus Silat Cekak Hanafi. Agak panjang sikit post kali ini, harap-harap dapatlah korang hadamkan isinya ya.