SILAT CEKAK HANAFI
Selamat datang ke laman web Akademi Silat Cekak Hanafi Masjid Al-Hidayah Shah Alam
ILMU WARISAN MELAYU
Silat Cekak Hanafi adalah ilmu pertahanan diri Melayu yang asli, yang dilahirkan semula oleh Ustaz Hanafi
Previous
Next

AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI
MASJID AL-HIDAYAH

ASCH Masjid Al-Hidayah telah ditubuhkan pada 15 Julai 2016, seteleh pelajar-pelajar yang asalnya daripada kelas ASCH PKNS Shah Alam telah bersetuju untuk membuka sebuah kelas baru di Shah Alam bagi meluaskan lagi penyebaran Silat Cekak Hanafi.

KELEBIHAN SILAT CEKAK HANAFI

Silat Cekak Hanafi merupakan suata seni silat yang unik dan mempunyai beberapa kelebihan dan perbezaan berbanding dengan seni bela diri yang lain seperti:

Tiada Unsur Tahyul & Khurafat

Silat Cekak ini dijadikan sebagai satu medium bagi menentang amalan tahyul dan khurafat yang biasa terdapat dalam seni silat pada zaman dahulu.

Berdiri Lurus

Silat Cekak Hanafi TIDAK MENGGUNAKAN KEKUDA dalam menghadap serangan. Cuma berdiri macam anda berdiri semasa solat sahaja.

Sesuai untuk Semua

Buah-buah Silat Cekak Hanafi ini mempunyai PERGERAKAN MUDAH yang SESUAI UNTUK SEMUA jenis fizikal dan umur anda, tidak kira kurus atau gemuk, tua ataupun muda.

Tempoh Pembelajaran

Untuk kelas awam, anda hanya MENGAMBIL MASA 2 TAHUN sahaja untuk menamatkan silibus mata pelajaran Silat Cekak Hanafi ini.

Sistem Matapelajaran

Sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi ini telah disusun dengan SISTEMATIK bagi penuntut baru untuk mempelajarinya mengikut silibus dan turutan sepatutnya.

Cekap dan Kompeten

Segala langkah dan pergerakan dalam buah Silat Cekak Hanafi terdapat tujuannya tersendiri bagi membantu pengamalnya mempertahankan diri secara efisyen.

TOKOH-TOKOH SILAT CEKAK HANAFI

Kenali tokoh-tokoh Silat Cekak Hanafi yang berusaha keras bagi menyebarkan ilmu pertahankan diri warisan bangsa ini:

Ustaz Hanafi Haji Ahmad

Pemimping Agung Silat Cekak

Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad merupakan pemimpin agong Silat Cekak dalam dunia persilatan Melayu. Beliau telah melahirkan semula Silat Cekak pada 28 Disember 1965.

Y.M. Marwi Latiff

Guru Utama Silat Cekak Hanafi

Yang Mulia Encik Marwi bin Latiff telah diijazahkan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad pada tahun 1972 dan dijadikan Guru Utama pada 18 Mac 2007.

Nor Azlan Shah Abdull Gafoor

Presiden Silat Cekak Hanafi

Encik Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor menegaskan bahawa Silat Cekak Hanafi adalah seni mempertahankan diri dan bukan bersifat menceroboh.

Mohd Izlan

Penyelia ASCH Masjid Al-Hidayah

Dilantik pada 26 Januari 2019, beliau telah mula mempelajari Silat Cekak Hanafi pada tahun 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebelum pulang ke Shah Alam dan mengambil alih tugas penyelia.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KELAS

Untuk menyertai kelas Silat Cekak Hanafi, bukan calang-calang orang yang kami terima untuk masuk belajar. Terdapat 5 syarat utama yang kami letak kepada bakal pelajar kami:

Setiap penuntun yang ingin belajar Silat Cekak Hanafi perlu mengucapakan 2 Kalimah Syahadah

Silat Cekak mempunyai 5 pantang larang yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli

Seni bela diri perlukan penuntut yang sihat tubuh badan dan juga mampu menggunakan semua anggota badan mereka untuk berlatih

Kelas awam Silat Cekak Hanafi hanya membenarkan ahli yang berumur 18 tahun ke atas sahaja

Silat Cekak Hanafi memerlukan ahli yang komited menghadiri kelas bagi menghabiskan silibus pembelajaran mereka

TUNGGU APA LAGI?

Jika anda boleh menepati semua syarat-syarat berikut, daftar dengan kami sekarang juga!

SOALAN-SOALAN LAZIM

Anda ada persoalan yang ingin anda kemukakan? Cuba semak di bahagian ini dulu jikalau terdapat persoalan yang selalu ditanya oleh orang lain:

Jangan derhaka kepada guru, ibu, dan bapa. Jangan bergaduh sesama ahli. Jangan mencaci silat Melayu asli yang lain.

Maaf, hanya pelajar berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas sahaja yang kami terima di kelas kami

Kelas kami dijalankan serentak, tetapi pelajar wanita akan diasingkan daripada pelajar lelaki

Anda boleh semak senarai kelas-kelas Silat Cekak Hanafi yang lain di sini

Bergantung kepada tuan / puan, jikalau rasa ingin bermula daripada awal pun boleh (jika sudah terlupa buah). Kalau tak, boleh je sambung terus.

Anda perlu diijazahkan semula oleh Guru Utama kami sebelum memulakan semula pelajaran daripada awal silibus

Boleh sahaja, tiada masalah. Asalkan semangat nak belajar tu ada, kami akan semangat untuk mengajar.

Kami ada pengalaman dengan pelajar yang kerja shift ni. Kalau yang ni, dia akan bergantung kepada jenis shift macam mana (jadual tukar setiap minggu, bulan, etc). Jadinya, dicadangkan bincang dengan penyelia kami untuk tengok situasi anda macam mana.

BLOG KAMI

Di sini anda boleh dapatkan coretan terbaru daripada admin / penyelia ASCH Masjid Al-Hidayah. Kami akan kongsikan cerita, info, dan juga perihal tentang Silat Cekak.

Pantang Larang Silat Cekak

Assalamualaikum semua! Sebelum sesiapa ingin mempelajari Silat Cekak ini, mereka perlu melalui Majlis Ijazah Peringkat Pertama (Asas). Dalam majlis ini, penuntut baru akan diperkenalkan dengan

Read More »

Mengapa Berdiri Lurus?

Assalamualaikum semua, Pada pagi yang mulia ini, admin ingin berkongsi sikit apa yang admin ada kaji sikit, tentang berdiri lurus Silat Cekak Hanafi. Agak panjang

Read More »

Hak Mempertahankan Diri Part 2

ADAKAH KITA BOLEH MEMBUNUH PENJENAYAH DEMI MEMPERTAHANKAN ORANG LAIN? Hak Mempertahankan Orang Lain Jawapannya boleh. Hak membela diri juga terpakai kepada orang ketiga. Anda boleh

Read More »
Buka di WhatsApp