Kelebihan Silat Cekak Hanafi Part 1

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Hari ni admin nak share sikit tentang kelebihan mempelajari seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ni.

kelebihan silat cekak hanafi part 1

Kelebihan Silat Cekak Hanafi Part 1

Matapelajaran yang Sistematik, Ringkas, dan Mudah

Sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi ini telah disusun dengan teratur sekali bagi penuntut baru untuk mempelajarinya mengikut silibus dan turutan sepatutnya. Bila belajar ikut tertib, barulah mudah nak memahami pelajaran tersebut ??

Berdiri Lurus Ketika Menghadapi Serangan

Silat Cekak Hanafi tidak menggunakan sebarang kekuda dalam menghadap serangan. Cuma berdiri macam anda berdiri semasa solat sahaja. Jimat penggunaan tenaga anda untuk jangka masa panjang.

Hanya Mengambil Masa Setahun untuk Belajar

Untuk kelas awam, anda hanya perlukan masa setahun sahaja untuk menamatkan silibus mata pelajaran Silat Cekak Hanafi ini (tapi kenalah datang semua kelas ya). Sejarah buah kami ada 21 buah je, tak banyak pun. Jadi tiada masalah nak habiskan dalam masa yang singkat.

Bebas Daripada Unsur Tahyul dan Khurafat

Semasa Silat Cekak ini dilahirkan semula oleh arwah Ustaz Hanafi, beliau menjadikan seni bela Melayu ini sebagai satu wadah bagi menentang amalan tahyul dan khurafat yang biasa terdapat dalam ilmu silat pada zaman itu. Kini, ideologi Ustaz Hanafi diteruskan bagi menyebarkan dakwah Islam sambil mengajar seni bela diri ??

Nanti part 2 pada minggu depan pula ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp