Kelebihan Silat Cekak Hanafi Part 2

Assalamualaikum semua!

Ada sesiapa yang ternanti-nantikan part terakhir untuk kelebihan Silat Cekak Hanafi? Haa ini dia sambungan part 2.

kelebihan silat cekak hanafi 2

Kelebihan Silat Cekak Hanafi Part 2

Sesuai Digunakan untuk Menjaga Keselamatan Diri

Silat Cekak Hanafi merupakan seni bela diri yang ringkas dengan bertujuan untuk mempertahankan diri dengan gerakan yang minima. Malah, segala langkah dan pergerakan dalam buah Silat Cekak Hanafi terdapat tujuannya tersendiri. Silat Cekak Hanafi juga merupakan seni bela diri yang “direct” untuk pertahankan diri, dengan serangan yang terus ke titik kelemahan manusia bagi memenangkan pengamalnya. Justeru, silat ini amat sesuai digunakan untuk mempertahankan diri kita.

Sesuai untuk Semua Jenis Fizikal dan Umur

Buah-buah Silat Cekak Hanafi ini tidak fokuskan kepada kekuatan pengamalnya semata-mata. Silat Cekak Hanafi menggunakan kekuatan lawan terhadap dirinya. Tambahan pula, ia mengajar kita untuk menggunakan badan manusia sebagai pivot bagi memberikan kelebihan kepada pengamal Silat Cekak Hanafi. Justeru, silat ini sesuai bagi apa jenis fizikal dan umur anda, tidak kira kurus atau gemuk, tua ataupun muda.

Tiada Kekuda, Bunga, atau Pencak

Dalam banyak-banyak silat Melayu asli, Silat Cekak Hanafi merupakan antara silat yang “direct”, tidak mempunyai kekuda untuk mengelirukan musuh, tetapi terus menyerang balas musuh sebaik sahaja dicecah. Dengan berdiri tegak sahaja tanpa sebarang kekuda, Silat Cekak Hanafi juga bagus untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kita dengan cermat.

100% Silat Melayu Asli, Tidak Dicampur Adukkan dengan Hak Luar

Silat Cekak Hanafi ini merupakan antara salah satu silat Melayu asli di Malaysia ini. Merupakan antara ahli PESAKA pada suatu masa dahulu, matapelajaran Silat Cekak Hanafi tidak dicampur adukkan dengan seni bela diri luar negera, malah merupakan 100% diilhamkan daripada orang Tanah Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp