Buah Ali Patah Sudah (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Ali Patah Atas (Asas) before viewing this Lesson

Buah Ali Patah Sudah (Asas) – Pecahan A

  • Menggunakan kaedah A, serangan bahagian dada
  • Ambil tumbukkan penyerang dengan menampar kaedah A sambil kaki kanan melangkah ke hadapan
  • Beri pemakan kepada sisi leher penyerang dengan tangan kanan
  • Kunci siku tangan kanan penyerang dengan mengepit dipelipat tangan kanan, sambil kaki kiri melangkah ke hadapan dan tangan kiri mencekik leher penyerang
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan di telinga (seperti sedang azan)

Buah Ali Patah Sudah (Asas) – Pecahan B

  • Menggunakan kaedah B, serangan bahagian dada
  • Ambil tumbukkan penyerang dengan mengambil kaedah B sambil kaki kanan melangkah ke hadapan
  • Tarik tangan kanan penyerang ke bawah dan menyerang penyerang dengan melanggarkan biceps tangan kanan ke leher penyerang dan mencekik leher penyerang
  • Masukkan tangan kiri di bahagian ketiak penyerang
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan di telinga (seperti sedang azan)

Buah Ali Patah Sudah (Jatuh) – Pecahan A

  • Kunci tangan kanan dan leher penyerang dengan merapatkan tangan kanan dan kiri sehingga menggengam di bahagian belakang kepala
  • Ambil langkah kebelakang (secara mengejut) jika penyerang tinggi

Buah Ali Patah Sudah (Jatuh) – Pecahan B

  • Kunci tangan kiri dan leher penyerang dengan merapatkan tangan kanan dan kiri sehingga menggengam di bahagian belakang kepala
  • Ambil langkah kebelakang (secara mengejut) jika penyerang tinggi
Back to: Peringkat 1.3 : Asas dan Jatuh (Part 3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp