Buah Hempok (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Keputusan Pasum Kemanga (Asas) before viewing this Lesson

Buah Hempok (Asas)

  • Menggunakan kaedah D, serangan bahagian kepala
  • Ambil penumbuk penyerang menggunakan kaedah D dan bawa tangan kanan penyerang dengan mengilasnya sehingga sampai ke celah kaki penyerang sambil tangan kanan memegang lutut kaki kanan penyerang manakala kaki kiri melangkah sehingga melepasi kaki kiri penyerang supaya mudah untuk memasukkan lutut kiri ke pelipat kaki kiri penyerang
  • Pergerakkan serentak ini hendaklah dilakukan sambil merempuh tubuh penyerang bagi memudahkan pergerakkan jatuh

Buah Hempok (Jatuh) – Pecahan 1

  • Dengan merempuh badan penyerang, tolak badan penyerang sehingga jatuh sambil lutut kaki kiri dimasukkan ke pelipat kaki kiri penyerang sehingga penyerang jatuh, sambil tangan kanan yang memegang lutut kaki kanan penyerang juga menolak sekali supaya penyerang jatuh menghadap ke arah belakang
  • Pemakan terakhir adalah dengan memberikan tumbukan menggunakan tangan kanan ke bahagian rusuk kanan penyerang

Buah Hempok (Jatuh) – Pecahan 2

  • Semasa merempuh badan penyerang, jika merasakan tangan kanan penyerang ingin menyerang balas, tangan kanan yang memegang lutut kaki kanan penyerang akan memegang pergelangan tangan kanan penyerang manakala lutut kiri akan dimasukkan ke pelipat kaki kanan penyerang
  • Kuntau tangan kanan penyerang dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat penyerang sambil tangan kanan penyerang disumbatkan di ruang dalam pinggang penyerang dan menahannya keluar (jika penyerang ingin mengeluarkan tangannya, dia akan merasa sakit pada bahagian triceps dan boleh patah jika dipaksa keluar secara kasar)
  • Setelah mengunci penyerang, penyerang terakhir adalah dengan menyerang tengkuk penyerang menggunakan tangan kanan
Back to: Peringkat 1.4 : Asas dan Jatuh (Part 4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp