Buah Keputusan Gayong Fatani (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Pertama (Asas) before viewing this Lesson

Buah Keputusan Gayong Fatani (Asas)

  • Menggunakan kaedah B, serangan bahagian dada
  • Pergerakkan asas adalah mengambil serangan penyerang dengan menggunakan kaedah B dan menyambutnya dengan kaedah A menggunakan tangan kiri, sambil kaki kanan dikilas ke belakang
  • Kedudukan tangan kanan adalah pada pergelangan tangan penyerang, kedudukan tangan kiri adalah pada belakang siku penyerang

Buah Keputusan Gayong Fatani (Jatuh) – Pecahan 1

  • Jika penyerang menarik semula tangannya, tarik semula tangannya dengan menggunakan kedua-dua tangan, dan serang sisi lehernya dengan menggunakan tangan kanan
  • Kaki kanan menghiris pelipat kanan penyerang sehingga dia jatuh, dan kemudian menampar tangan kanan penyerang dengan tangan kanan sehingga penyerang terjatuh
  • Kaki kiri disumbat ke sebelah kanan kepala penyerang dengan tangan kanannya tersumbat sekali di dalam kuncian tersebut
  • Tangan kiri menahan tangan kanan penyerang supaya dia tidak boleh menyerang balas
  • Kaki kanan memijak pelipat kanan penyerang tersebut
  • Pemakan terakhir adalah pada penyawa dan muka penyerang menggunakan tangan kanan

Buah Keputusan Gayong Fatani (Jatuh) – Pecahan 2

  • Jika penyerang ingin melarikan diri atau menyerang (melangkah ke hadapan atau menyerang dengan melangkah ke hadapan), julang tangan penyerang setinggi-tinggi yang mampu, sebelum meletakkan tangan penyerang ke belakang leher / bahu kanan tanpa menundukkan kepala sambil lutut kaki kiri masuk ke dalam pelipat kaki kanan penyerang
  • Beri pemakan di dada / muka penyerang dengan menyikunya, sebelum membuka tangan merentasi dadanya sehingga ke tangan kiri penyerang untuk mengelak daripada penyerang bertindak balas
  • Jatuhkan penyerangan dengan menarik tangan kanannya dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat kanan penyerang supaya penyerang akhirnya dikunci

Buah Keputusan Gayong Fatani (Jatuh) – Pecahan 3

  • Jika penyerang ingin menyerang lagi menggunakan kaki untuk menyerang bahagian pinggang, sebelum sepakan tersebut hinggap di badan, ambil dan tangkap kaki penyerang tersebut dengan tangan kanan menggunakan kaedah C
  • Himpitkan sekali bersama tumbukan tangan kanan penyerang yang sudah ditangkap (semasa gerak asas) sambil memasukkan lutut kiri ke pelipat kanan penyerang
  • Pulas tangan kanan penyerang mengguna tangan kanan, dan jatuhkan penyerang dengan cara memusing badan kita ke kanan sehingga kita melutut

Buah Keputusan Gayong Fatani (Jatuh) – Pecahan 4

  • Jika rasa seperti penyerang ingin kebawah dan menyepak kaki, hayun kaki kiri ke dalam pelipat kaki kanan penyerang sebelum sepakan penyerang sampai ke kaki
  • Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kanan penyerang, manakala tangan kiri akan ubah daripada tangkapan kaedah A kepada kaedah D dan menghalakan tulang di bawah pergelangan tangan kiri kepada triceps penyerang
  • Lurutkan tangan kanan ke pergelangan tangan penyerang
  • Kuntau tangan kanan penyerang dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat penyerang sambil tangan kanan penyerang disumbatkan di ruang antara pinggang dan peha kanan kita
  • Tahan tangan kanan penyerang daripada hendak keluar (jika penyerang ingin mengeluarkan tangannya, dia akan merasa sakit pada bahagian triceps dan boleh patah jika dipaksa keluar secara kasar)
  • Setelah mengunci penyerang, penyerang terakhir adalah dengan menetak tengkuk penyerang menggunakan tangan kanan
Back to: Peringkat 1.1 : Asas dan Jatuh (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp