Buah Keputusan Sendeng Atas (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Pertama (Asas) before viewing this Lesson

Buah Keputusan Sendeng Atas (Asas)

  • Menggunakan kaedah B bangkang, serangan bahagian dada
  • Sambut tumbukan penyerang dengan kaedah B songsang sambil menyerang balas menghayun tangan kanan daripada bawah ke dagu penyerang dan kaki kiri dikilas ke belakang
  • Pusingkan tangan kanan penyerang melalui bawah dan tangkap tangan penyerang di belakang siku penyerang dengan tangkapan kaedah A
  • Siku kiri menolak rusuk muda penyerang, sambil lutut kiri masuk ke pelipat kanan penyerang
  • Hentak pelipat tangan kanan penyerang dengan tangan kanan

Buah Keputusan Sendeng Atas (Jatuh)

  • Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kanan penyerang, manakala tangan kiri akan ubah daripada tangkapan kaedah A kepada kaedah D dan menghalakan tulang di bawah pergelangan tangan kiri kepada triceps penyerang
  • Lurutkan tangan kanan ke pergelangan tangan penyerang
  • Kuntau tangan kanan penyerang dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat penyerang sambil tangan kanan penyerang disumbatkan di ruang antara pinggang dan peha kanan kita
  • Tahan tangan kanan penyerang daripada hendak keluar (jika penyerang ingin mengeluarkan tangannya, dia akan merasa sakit pada bahagian triceps dan boleh patah jika dipaksa keluar secara kasar)
  • Setelah mengunci penyerang, penyerang terakhir adalah dengan menetak tengkuk penyerang menggunakan tangan kanan
Back to: Peringkat 1.1 : Asas dan Jatuh (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp