Buah Kidong Kiri (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Kidong Kiri (Asas) before viewing this Lesson

Buah Kidong Kiri (Asas)

  • Menggunakan kaedah A, serangan bahagian dada
  • Tampar penumbuk penyerang dengan kaedah A dan masukkan badan ke arah penyerang secara serentak dengan lutut kiri berada pada pelipat kanan penyerang dan siku kiri terletak pada rusuk muda penyerang
  • Hentak pelipat tangan kanan penyerang dengan tangan kanan

Buah Kidong Kiri (Jatuh)

  • Tangan kanan mengenggam pergelangan tangan kanan penyerang, manakala tangan kiri akan ubah daripada tangkapan kaedah A kepada kaedah D dan menghalakan tulang di bawah pergelangan tangan kiri kepada triceps penyerang
  • Lurutkan tangan kanan ke pergelangan tangan penyerang
  • Kuntau tangan kanan penyerang dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat penyerang sambil tangan kanan penyerang disumbatkan di ruang antara pinggang dan peha kanan kita
  • Tahan tangan kanan penyerang daripada hendak keluar (jika penyerang ingin mengeluarkan tangannya, dia akan merasa sakit pada bahagian triceps dan boleh patah jika dipaksa keluar secara kasar)
  • Setelah mengunci penyerang, penyerang terakhir adalah dengan menetak tengkuk penyerang menggunakan tangan kanan
Back to: Peringkat 1.2 : Asas dan Jatuh (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp