Buah Kuntau Kiri (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Kidong Kiri (Asas) before viewing this Lesson

Buah Kuntau Kiri (Asas)

  • Menggunakan kaedah B dan D, serangan bahagian dada
  • Ambil penumbuk penyerang dengan menggunakan kaedah B dan kaedah D dan masukkan badan ke arah penyerang secara serentak dengan lutut kiri berada pada pelipat kanan penyerang

Buah Kuntau Kiri (Jatuh)

  • Kuntau tangan kanan penyerang dan jatuhkan lutut kiri ke pelipat penyerang sambil tangan kanan penyerang disumbatkan di ruang antara pinggang dan peha kanan kita
  • Tahan tangan kanan penyerang daripada hendak keluar (jika penyerang ingin mengeluarkan tangannya, dia akan merasa sakit pada bahagian triceps dan boleh patah jika dipaksa keluar secara kasar)
  • Setelah mengunci penyerang, penyerang terakhir adalah dengan menetak tengkuk penyerang menggunakan tangan kanan

Buah Kuntau Kiri Gantung (Asas)

  • Menggunakan kaedah B dan D, serangan bahagian dada
  • Ambil penumbuk penyerang dengan menggunakan kaedah B dan kaedah D dan buangkan penumbuk tersebut sambil kaki kiri menyepak pelipat kanan penyerang menggunakan latihan kaki kedua

Buah Kuntau Kiri Gantung (Jatuh)

  • Jatuhkan penyerang dengan menyepak dan menghiris pelipat kanannya dengan latihan kaki kedua
  • Masukkan kaki kiri ke sebelah pelipat kanan penyerang yang dijatuhkan
  • Hentakkan tumit kaki kanan ke buku lali kaki kanan penyerang dan tolak sehingga penyerang seperti hendak jatuh ke hadapan dan tidak boleh mengeluarkan kaki kanan
Back to: Peringkat 1.2 : Asas dan Jatuh (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp