Buah Paras (Jatuh)

Preview
You must first complete Buah Ali Patah Atas (Asas) before viewing this Lesson

Buah Paras (Asas) – Pecahan 1

  • Menggunakan kaedah A, serangan bahagian dada
  • Ambil tumbukkan penyerang dengan menampar kaedah A sambil kaki kanan melangkah ke hadapan dan henjut tangan kanan penyerang ke bawah
  • Hentak tengkuk penyerang dengan tangan kanan

Buah Paras (Jatuh) – Pecahan 1

  • Apabila penyerang sudah ditolak kebawah dengan hentakan ke tengkuknya, pemakan seterusnya adalah dengan menyiku rahang kiri penyerang
  • Seterusnya ambil tangan kanan penyerang menggunakan tangan kanan sambil siku kanan masih terletak pada rahang kiri penyerang
  • Tangan kiri akan melurut bahu kiri penyerang sehingga ke pergelangan tangan penyerang dan menariknya ke belakang penyerang
  • Pemakan terakhir adalah menarik tangan kiri dan tangan kanan penyerang serentak

Buah Paras (Jatuh) – Pecahan 2

  • Apabila penyerang sudah ditolak kebawah dengan hentakan ke tengkuknya, pemakan seterusnya adalah dengan menyiku rahang kiri penyerang
  • Jika tangan kanan penyerang tidak duduk setempat, letakkan tengkuk penyerang di ketiak kanan, dan menghenjut tengkuk penyerang ke lutut kanan (melutut apabila menghenjut) sambil memasukkan tangan kanan penyerang di bawa kaki kanan dan disambut dengan tangan kanan
  • Tangan kiri akan masuk di bawah leher penyerang dan memegang pada tangan kanan, cekikkan penyerang dengan menarik tangan kiri ke atas

Buah Paras (Asas) – Pecahan 2

  • Menggunakan kaedah A, serangan bahagian dada
  • Ambil tumbukkan penyerang dengan menampar kaedah A sambil kaki kiri melangkah ke hadapan dan henjut tangan kanan penyerang ke bawah
  • Hentak tengkuk penyerang dengan tangan kanan

Buah Paras (Jatuh) – Pecahan 3

  • Apabila penyerang sudah ditolak kebawah dengan hentakan ke tengkuknya, pemakan seterusnya adalah dengan menyiku rahang kiri penyerang
  • Seterusnya ambil tangan kanan penyerang menggunakan tangan kanan sambil siku kanan masih terletak pada rahang kiri penyerang
  • Letakkan tengkuk penyerang di ketiak kanan, dan menghenjut tengkuk penyerang ke lutut kiri (melutut apabila menghenjut) sambil memasukkan tangan kanan penyerang di bawa kaki kiri dan disambut dengan tangan kiri
  • Pijak tapak tangan kiri penyerang (pastikan tapak tangan penyerang menghadap ke bawah) dengan kaki kanan dan tarik kaki kanan penyerang sehabis boleh dan pijaknya dengan kaki kanan
Back to: Peringkat 1.3 : Asas dan Jatuh (Part 3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka di WhatsApp