Logo dan Lambang

Logo Persatuan

  1. Bintang Pecahan 21: Kaedah pelajaran Silat Cekak Hanafi mengandungi 21 buah untuk mempertahankan diri.
  2. Dua Bilah Parang Lading Bersilang: Senjata rasmi Silat Cekak Hanafi untuk mempertahankan diri.
  3. Kalungan Padi: Menggambarkan amalan pengamal Silat Cekak Hanafi iaitu semakin berisi semakin tunduk. Ia juga menggambarkan silat ini berasal dari masyarakat petani di negeri Kedah.
  4. Tulisan Ahmad Muhammad Timbal Balik (Jawi): Penekanan Silat Cekak Hanafi terhadap asuhan jasmani dan rohani dikalangan pengamalnya.
  5. Sebilah keris: Melambangkan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan negara Malaysia

Lambang Persilatan

Tulisan jawi Ahmad Muhammad timbal balik yang membawa maksud menunjukkan asuhan jasmani dan rohani yang ditekankan kepada pengamalnya.

Warna biru gelap yang melambangkan ketahanan jasad dan jiwa yang menjadi amalan ahli silat ini.

logo-1

Logo Akademi Silat Cekak Hanafi Masjid Al-Hidayah Shah Alam

Buka di WhatsApp