Negeri Selangor Antara Tertinggi Kes Rogol

Assalamualaikum semua!

Allahu, dengar pun dah ngeri, apatah lagi kalau terkena pada diri sendiri atau kenalan kita. Makin lama makin tak tenteram memikirkan hal ini. Bagaimanakah nasib wanita di Malaysia ini…? Ada ke cara pertahankan diri untuk perkara sebegini?

cara pertahankan diri

Ada ke cara pertahankan diri untuk atasi perkara ini?

Untuk setiap masalah, mestilah ada solusinya. Berikut kami senaraikan beberapa cara pertahankan diri untuk manfaat anda-anda semua:

  1. Membawa barang yang boleh digunakan untuk pertahankan diri

    Terutama bagi wanita, contoh barang yang boleh digunakan adalah seperti penyembur lada. Sekali sembur kat lelaki umpama api yang marak merebak di mata mereka. Ataupun pakai kunci pun boleh, genggamkan kunci supaya dia terkeluar daripada celah jari, sampai masa tumbuk / cucuk kunci kat leher dia tu.

  2. Mempelajari seni bela diri

    Sekarang ni banyak seni bela diri yang bagus yang boleh membantu para wanita untuk mempertahankan diri daripada ancaman luar. Contohnya adalah seperti Silat Cekak Hanafi. Tak perlu ruang banyak tak perlu cakap banyak sebaik saja lelaki cecah siap-siaga badan pecah.

  3. Mengawal nafsu diri dan berdisiplin

    Haa tips ni lebih ditujukan kepada sang lelaki. Takkan perempuan kena rogol perempuan yang salah? Umpama kita kena rompak kita yang salahlah kalau macam tu. Jadi lelaki kena mengambil langkah berjaga-jaga; jaga diri dan nafsu. Kalau semua lelaki dapat mengawal nafsu mereka daripada bergelora, inshaallah kes rogol ni hilang dibawa angin.

Itu sahajalah coretan admin untuk waktu ini. Mana tahu kalau korang ada artikel best ke boleh share dengan admin.

Sumber: http://alternatif3s.com/5-negeri-yang-mempunyai-statistik-kes-jenayah-rogol-paling-tinggi-di-malaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *