Silat Cekak Hanafi Platform Belajar Menguasai Diri

Assalamualaikum semua!

Umumnya, seni mempertahankan diri yang baik akan mendidik pelajarnya untuk menguasai dirinya dan mengawal emosinya, begitu juga seperti yang diterapkan dalam Silat Cekak Hanafi. Tidak hairanlah jika terdapat ungkapan seperti “Mengalahkan diri terlebih dahulu sebelum mengalahkan orang lain”. Perkara ini jelas menunjukkan pentingnya untuk kita belajar menguasai diri sendiri. Pengamal silat dilarang bertindak secara sewenang-wenangnya, malah, mereka akan dilatih secara beransuran untuk menguasai hawa nafsu, kerana yang paling sukar untuk kita pelajari adalah bagaimana untuk mengendalikan diri sendiri.

Kualiti baik yang diperolehnya dalam pembelajaran seni mempertahankan diri bukan hanya untuk diterapkan dalam kelas, tetapi harus diterapkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini boleh mewujudkan rasa percaya kepada diri dan menghasilkan keperibadian yang kuat, sehingga semua tekanan dari luar dapat dihadapi dengan keberanian, kerendahan hati dan kedamaian.

Seorang pengamal seni bela diri yang baik akan timbul dalam dirinya peribadi yang sopan dan sikap perikemanusiaan yang tinggi. Dia tidak akan keberatan untuk memaafkan seseorang yang telah mengakui dan menyedari akan kesilapan mereka kerana dia tahu bahawa keganasan bukan jawapan bagi segalanya.

”Walaupun kita menang lawan mereka, adakah kita betul-betul menang?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *