Hak Mempertahankan Diri Part 1

BOLEH KE KITA BUNUH PEROMPAK YANG CUBA MEROMPAK KITA? YA MEMANG BOLEH!

Hak Mempertahankan Diri

Hak pertahanan peribadi (right to self defence) atau hak membela diri dari ancaman penjenayah memang wujud di dalam Kanun Keseksaan. Prinsip ini terkandung dalam seksyen 96 Kanun Keseksaan kita.

Hak Mempertahankan Diri

Maksud hak mempertahankan diri (pertahanan peribadi) dinyatakan lagi dalam bahagian 97 yang menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada 2 bentuk pembelaan; (a) hak untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari bahaya fizikal (b) hak untuk melindungi harta benda daripada bahaya.

Seksyen 100 Kanun Keseksaan

Seksyen 100 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa dalam melakukan pembelaan diri, seseorang mempunyai hak mempertahankan diri yang membolehkan mereka bertindak balas sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang apabila ia melibatkan;

  • ketakutan kematian
  • ketakutan luka parah
  • niat untuk merogol
  • berniat memuaskan nafsu yang tidak wajar
  • niat untuk menculik atau menculik
  • niat untuk mengurung secara salah

Dalam erti kata lain, jika anda diancam oleh penjenayah yang ingin melakukan perkara (a) hingga (f) di atas, anda boleh membela diri sehingga membunuh penyerang tersebut. Selain dari ancaman-ancaman di atas, anda tidak boleh membela diri anda sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang.

PP vs Dato’ Balwant Singh

Kes yang sangat popular apabila mengupas tentang isu ini adalah kes PP vs Dato’ Balwant Singh. Dalam kes tersebut, Dato’ Balwant telah di kepung oleh sekumpulan samseng jalanan. Dato’ Balwant mempunyai pistol dan telah melepaskan tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada penyerang-penyerangnya.

Namun walaupun selepas tembakan dilepaskan, penyerang beliau masih tidak lari dan menuju ke arah Dato’ Balwant dengan memegang kayu yang besar. Maka Dato’ Balwant menembak mati penyerangnya. Dato’ Balwant dituduh di mahkamah kerana membunuh.

Peguam Dato’ Balwant berhujah bahawa Dato’ Balwant berhak untuk menggunakan haknya membela diri kerana ancaman ke atas dirinya adalah jelas; beliau mungkin dipukul hingga mati atau cedera teruk jika beliau tidak menembak penyerangnya. Ini juga ditambah dengan faktor umur Dato’ Balwant yang sudah tua dan walaupun beliau telah melepaskan tembakan amaran, penyerang-penyerangnya tidak lari malah terus menuju ke arah Dato’ Balwant. Mahkamah menerima hujah tersebut dan Dato’ Balwant Singh dilepaskan.

Nantikan pula part 2 minggu hadapan ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published.